Thursday, March 13, 2008

PERISTIWA PEMBEDAHAN DADA RASULULLAH S.A.W

Dua tahun lagi anak itu tinggal di sahara, menikmati udara pedalaman yang jernih dan bebas, tidak terikat oleh sesuatu ikatan jiwa, juga tidak oleh ikatan materi.
Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Pada masa itu, sebelum usianya mencapai tiga tahun, ketika itulah terjadi cerita yang banyak dikisahkan orang. Yakni, bahwa sementara ia dengan saudaranya yang sebaya sesama anak-anak itu sedang berada di belakang rumah di luar pengawasan keluarganya, tiba-tiba anak yang dari Keluarga Sa'd itu kembali pulang sambil berlari, dan berkata kepada ibu-bapanya: "Saudaraku yang dari Quraisy itu telah diambil oleh dua orang laki-laki berbaju putih. Dia dibaringkan, perutnya dibedah, sambil di balik-balikan."
Dan tentang Halimah ini ada juga diceritakan, bahwa mengenai diri dan suaminya ia berkata: "Lalu saya pergi dengan ayahnya ke tempat itu. Kami jumpai dia sedang berdiri. Mukanya pucat-pasi. Kuperhatikan dia. demikian juga ayahnya. Lalu kami tanyakan: "Kenapa kau, nak?" Dia menjawab: "Aku didatangi oleh dua orang laki-laki berpakaian putih. Aku di baringkan, lalu perutku di bedah. Mereka mencari sesuatu di dalamnya. Tak tahu aku apa yang mereka cari."
Halimah dan suaminya kembali pulang ke rumah. Orang itu sangat ketakutan, kalau-kalau anak itu sudah kesurupan. Sesudah itu, dibawanya anak itu kembali kepada ibunya di Mekah. Atas peristiwa ini Ibn Ishaq membawa sebuah Hadis Nabi sesudah kenabiannya. Tetapi dalam menceritakan peristiwa ini Ibn Ishaq nampaknya hati-hati sekali dan mengatakan bahwa sebab dikembalikannya kepada ibunya bukan karena cerita adanya dua malaikat itu, melainkan - seperti cerita Halimah kepada Aminah - ketika ia di bawa pulang oleh Halimah sesudah disapih, ada beberapa orang Nasrani Abisinia memperhatikan Muhammad dan menanyakan kepada Halimah tentang anak itu. Dilihatnya belakang anak itu, lalu mereka berkata:
"Biarlah kami bawa anak ini kepada raja kami di negeri kami. Anak ini akan menjadi orang penting. Kamilah yang mengetahui keadaannya." Halimah lalu cepat-cepat menghindarkan diri dari mereka dengan membawa anak itu. Demikian juga cerita yang dibawa oleh Tabari, tapi ini masih di ragukan; sebab dia menyebutkan Muhammad dalam usianya itu, lalu kembali menyebutkan bahwa hal itu terjadi tidak lama sebelum kenabiannya dan usianya empatpuluh tahun

PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."(Surah Al-Israa': Ayat 1)
Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian dua orang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua insan yang disayangi semakin bertambah dan jika kita fikirkan dari segi logik akal maka dakwah Islam pasti akan terkubur. Namun kuasa Allah melebihi segala-galanya iaitu selepas penolakan dakwah oleh penduduk Taif, nabi telah dihiburkan dengan Isra’ dan Mikraj dan seterusnya diizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah. Dalam peristiwa di Taif iaitu ketika penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam malah telah melontar batu ke arah nabi sehingga berlumuran darah.
Kita dapat melihat nabi telah diberi peluang untuk menang mudah iaitu tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit bawah jagaannya sebagai emas tetapi ditolak oleh nabi sebagaimana nabi menolak tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yang begitu degil dengan menjatuhkan bukit ke atas penduduk Taif.Penolakan nabi ini memberi banyak pengajaran kepada kita umat Islam iaitu kekayaan bukanlah faktor utama dalam menegakkan Islam kerana jika kita perhatikan pada hari ini kebanyakan negara umat Islam dianugerahkan dengan hasil dalam negara yang banyak tetapi ia tidak membantu dalam membentuk umat Islam yang bersatu serta menghentikan penderitaan umat Islam yang sedang ditindas. Islam bukan mampu bangkit dengan kekuatan ekonomi semata-mata tetapi Islam bangkit melalui kekuatan aqidah yang ditanam dalam diri.Peristiwa Isra’ Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke sidratul muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi rebutan tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan.Sejarah Isra' dan MikrajRasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Isra" itu.
Semasa Isra' (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa)Sepanjang perjalanan (isra') itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami.6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).1. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.2. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: Subhanallah, Walhamdulillah, Wa la ila ha illallah allahuakbar dan Wa La Haulawala Quwata Illabillahil Azim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:Allah S.W.T: Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S.W.T: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S.W.T: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.Selepas MikrajRasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Rasulullah saw langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah swt. Allah swt telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Rasulullah saw.Masih terlekakah kita?
ALAMAT WEB UNTUK SIRAH RASUL
1. M. Rahmat : http://matapiusim.blogspot.com/
2. Abdillah : http://abdillahusim.blogspot.com/
3. Haniff : http://rubbama-neversaydie.blogspot.com/
4. Mohd Afif : http://achik-professor.blogspot.com/
5. Abd. Rani : http://ABDRANISAPIAI.blogspot.com/
6. Abd. Karim : http://karimaj-rym.blogspot.com/
7. Zawani Ghazali : http://sixteenguidance.blogspot.com/
8. Rosliza Husin : http:// kosong.blogspot.com
9. Rosdiana : http:// kosong.blogspot.com
10. Naimah : http:// kosong.blogspot.com
11. Hirdayu : http://ayuDluffy.blogspot.com
12. Hikmah : http://guardiskaizen.blogspot.com/
13. Salmizan : http:// kosong.blogspot.com
14. Barokah : http:// kosong.blogspot.com
15. Samsida : http:// kosong.blogspot.com
16. Noraini : http://norainiyaacob.blogspot.com/
17. Rozita : http:// kosong.blogspot.com
18. Azizah : http:// kosong.blogspot.com
19. Hayati : http:// kosong.blogspot.com
20. Adila : http:// kosong.blogspot.com
21. Zarina : http://sazrify.blogspot.com/
22. Rafidah : http:// kosong.blogspot.com
23. Sharmiza : http:// kosong.blogspot.com
24. Hakimah : http://www.hakimahahmat.blogspot.com/
25. Fadzrol : http://bdkpahang.blogspot.com/
26. Badli : http://badliey-lie.blogspot.com/
27. Faiz : http://ummulmukminin.blogspot.com/
28. Redzuan Ganu : http://wangsganu.blogspot.com/
29. Hizwan Waja : http://hizwan626.blogspot.com/
30. Khairil : http://budak-khairil.blogspot.com/
31. Budiman (Maan) : http://bdk-bekgler.blogspot.com/
32. Solihin (BN) : http://ainn-sirahrasul.blogspot.com/
33. Rusydi : http://akurambo.blogspot.com/
34. Norazira : http://www.fazieyrain86-zieyraain.blogspot.com/
35. Aminurrashid : http://angah87.blogspot.com/

Wednesday, March 5, 2008

Hanya Ingin Mengingatkan ....

Kubur Setiap Hari Menyeru ManusiaSebanyak Lima (5) Kali .....
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya

Lima Jenis Racun dan Lima Jenis Penawarnya ....
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu adalah penawarnya
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
" Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR





Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
> > > > > > > > Sekarang anda mempunyai 2 pilihan:
> > > > > > > > 1) Biarkan e-mel ini dalam mailbox anda.> > > > > > > > ATAU ....
> > > > > > > > 2) Forward e-mel ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya -Allah,redha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.(Kirimkan Untuk> > > > > > > > Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)

Sunday, March 2, 2008

SIFAT- SIFAT 4 IMAM

Imam Ahmad Hanbal Rahimahullah
Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Ahmad b. Muhammad b. Hanbal b. Hilal As-Syaibani. Beliau berketurunan Nabi sebelah nenek yang bernama Nazar b. Maad b. Adnan.
Beliau dilahirkan pada 164 Hijrah bersamaan 780 Masihi. Seorang ahli sunnah yang terbesar, Saleh dan Zuhud dianggap (Mujaddid) bagi abad ke 3 hijrah. Beliau meninggal dunia pada 241 Hijrah bersamaan 855 Masihi ketika berusia 77 tahun. Merupakan pengasas Mazhab Hambali.

Sifat peribadi : Sangat taat kepada gurunya dan tidak suka bercakap banyak. Mempunyai daya ingatan yang kuat sehingga dapat menghafal hadis lebih banyak daripada orang lain. Suka memaafkan kesalahan orang lain. Telah dipenjara dan didera kerana enggan mengakui pendapat Muktazilah bahawa Al-Quran adalah makhluk Allah. Beliau berjiwa besar, Zuhud dan tidak terpengaruh dengan kemewahan hidup.

Keistimewaan diri : Berminat dengan pelbagai ilmu pengetahuan seperti hadis, fikah dan ilmu Al-Kalam. Digelar Al-Hakam kerana dapat menghafaz lebih daripada 700,000 hadis. Kuat beribadat dan pernah bersembahyang 300 rakaat semalaman dan seminggu sekali khatam Al-Quran.

Sumbangan : Karangan beliau yang termasyhur ialah kitabnya Al-Musnad.B) Menghasilkan tafsir Al-Quran, kitab An-NasihWal Mansuh, Taatur Rasul, Al-manasik, Al-kabir, Wal manasik al-Saghir.C) Mazhab Imam Ahmad iaitu mazhab Hanbali berkembang di Baghdad, Mesir dan Syria.D) Menyebarkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. E) Fatwa sahabat dianggap penting selepas al-Quran dan As-Sunnah selepas itu barulah Kias.

Imam Malik Rahimahullah
Nama sebenarnya ialah Malik bin Anas bin Abu Amar Al-Asbahi. Beliau dilahirkan di Madinah pada 93 Hijrah. Beliau berasal daripada keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat. Datuk beliau ialah sahabat Rasullah. Ibu beliau Al-Aliah bte Syuraik. Ada riwayat yang menyebut bahawa beliau berada dalam kandungan ibunya lebih kurang 2 tahun. Beliau wafat pada tahun 179 hijrah ketika berumur 86 tahun dan meninggalkan 3 orang putera dan seorang puteri. Beliau adalah pengasas mazhab Maliki.

Sifat peribadi : Beliau mempunyai kecerdasan akal fikiran yang tinggi. Beliau menghafaz Al-Quran ketika masih kecil. Imam Malik juga memiliki akhlak yang mulia, bersopan-santun, suka pakai pakaian yang mahal dan bersih serta bau-bauan yang harum. Imam Malik suka bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan sangat benci pada perbuatan mencela sesama manusia dan sangat hormat kepada hadis-hadis Rasullah s.a.w.

Beliau merupakan seorang hartawan yang dermawan, menggunakan hartanya untuk menolong golongan yang susah. Merupakan seorang ulama yang warak,taat,dan patuh kepada Allah serta kuat beribadat pada waktu malam. Beliau tabah menghadapi segala ujian yang menimpanya.
Ujian ke atas Imam MalikBeliau pernah disebat dengan cemeti hingga patah tulang belakangnya kerana mengeluarkan fatwa yang tidak dipersetujui oleh khalifah, iaitu isteri yang diceraikan secara paksa tidak jatuh talaknya. Beliau berkata,"Aku dipukul kerana mempertahankan kebenaran agama.Tidak ada baiknya bagi orang yang tidak dihukum kerana perkara benar."

Pendidikan : Beliau banyak menimba ilmu pengetahuan di Madinah kerana pada masa itu Kota Madinah menjadi pusat pengajian ilmu, khususnya ilmu agama. Beliau dapat mengingati 29 hadis daripada 30 buah hadis setelah mendengar gurunya menyampaikan hadis tersebut secara lisan.
Beliau telah belajar daripada 900 orang guru, sebahagiannya terdiri daripada ulama. Beliau pernah menuntut dengan ulama yang terkenal. Antaranya ialah Ahli fikah-Rabilah b. Abd. Rahman, Ahli hadis-Imam Nafi'Maula Ibn Umar dan Imam Ibnu Syaibah Azzuhri.
Berkat kerajinan dan usaha beliau dalam menuntut ilmu,akhirnya Imam Malik muncul sebagai salah seorang ulama fikah yang terbesar dan unggul di seluruh Madinah.

Keistimewaan : Seorang yang kuat beribadat di waktu malam serta membaca Al-Quran kitab yang mengandungi hadis. Menghafaz Al-Quran dan hadis sejak dari kecil. Beliau sangat berani mempertahankan fatwanya walaupun di hadapan seorang gabenor dan musuh Islam.
SumbanganKitab yang termasyhur ialah "Al-Muwatta" iaitu kitab yang mengandungi hadis-hadis dan hukum. Kitab-kitab karangan ulama-ulama Mazhab Imam Malik seperti Al-muhtasar Al-Kabir, Al-Muhktasr Al-Ausat, Kitab Al-usul dan Ahkamul Quran. Mazhab Maliki berkembang di Moroco, Algeria, Tunisia, Iraq dan Palestin.

Imam As-Syafie Rahimahullah

Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad b. Idris. Nama ibunya ialah Fatimah Al-Azadiah bt Abdullah b. Hasan b. Ali b. Abi Talib. Beliau digelar As-Syafie sempena nama datuknya Syafie b. Saib. Beliau dilahirkan pada tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di Ghazzah, Palestin. Beliau adalah Imam mazhab yang empat iaitu pengasas "Mazhab Syafie".
Beliau berasal dari keturunan Rasullah s.a.w pada sebelah datuknya, Abdul Manaf (datuk ketiga Nabi Muhammad s.a.w adalah datuk ke sembilan Imam Syafie). Beliau meninggal dunia pada tahun 204 Hijrah bersamaan 820 Masihi, ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Arafah, Mesir.

Sifat peribadi : Sangat memuliakan guru-gurunya.Pernah digelar "tongkat Malik". Sangat pemurah. Beliau telah menolak jawatan kadi di Yaman pada masa pemerintahan Khalifah Harun Al-Rashid. Imam Syafie berjaya membendung fahaman-fahaman yang mempengaruhi umat Islam. Membahagikan masa hidupnya satu pertiga untuk beribadat, satu pertiga untuk berehat, satu pertiga untuk kerjaya.

Kelebihan : Imam As-SyafieSemasa beliau dalam kandungan, ibunya bermimpi keluar bintang dari perutnya dan memancarkan cahaya. Beliau dapat menghafaz Al-Quran ketika berusia 9 tahun. Mempunyai suara yang merdu, pandai bersyair dan bersajak. Beliau pernah berjumpa dengan Rasullah dan beliau tidak pernah makan sampai kenyang selama 16 tahun. Beliau seorang kuat ingatan, berakhlak tinggi dan bermain panah.

Imam Abu Hanifah Rahimahullah

Nama sebenar Iman Abu Hanifah ialah Nokman bin Thabit. Beliau berketurunan Parsi. Digelar Abu Hanifah kerana beliau mempunyai anak lelaki bernama hanifah ,lalu beliau digelar Abu Hanifah (bapa hanifah). Beliau seorang yang kuat beribadat kepada Allah. Oleh itu digelar `hanifah� yang bermaksud cenderung dalam agama.
Beliau sangat rajin menulis ilmu-ilmunya. Beliau rajin membawa tempat dakwat (dalam bahasa arab bermaksud hanifah)ke mana sahaja. Beliau dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bersamaan 699 Masihi di Kufah, Iraq, semasa pemerintahan khalifah Bani Umaiyah, Abdul Malik bin Marwan. Bapanya bernama Thabit bin Zuta ialah seorang saudagar. Oleh itu, Abu Hanifah menurut jejak langkah bapanya menjadi saudagar menjual batu ubin yang dihasilkan sendiri.

Kelebihan beliau : Abu Hanifah sangat berminat kepada ilmu pengetahuan. Beliau sangat rajin mempelajari ilmu-ilmu yang belum diketahuinya dan mengajarkannya kepada orang lain. Beliau terkenal sebagai seorang yang kaya dan berilmu tetapi dermawan,amanah serta kuat beribadat.
Beliau sangat bijak berbahas untuk mencari kebenaran. Beliau terkenal dengan kepintaran mengeluarkan hukum apabila dikemukakan permasalahan kepadanya. Imam Syafie sewaktu ditanya mengenai Abu Hanifah, berkata: "Tidak ada wanita yang dapat melahirkan seorang anak yang bijak seperti Abu Hanifah".

Pendidikan : Abu Hanifah lahir kira-kira 70 tahun setelah kewafatan Nabi SAW. Oleh itu, beliau sempat bertemu dan belajar daripada beberapa orang sahabat Nabi SAW yang masih hidup. Antaranya ialah Anas bin Malik, Abdullah bin Abi Ufa, Sahal bin Abi Saad dan lain-lain lagi. Beliau mempelajari ilmu daripada kira-kira 200 orang guru,termasuk para sahabat dan tabiin. Beliau mempelajari ilmu al-Quran dan menghafaz al-Quran serta hadis-hadis. Beliau juga mahir dalam ilmu Sastera, serta ilmu Usuludin (Tauhid).

Ketinggian akhlak : Abu Hanifah sangat menghormati guru. Beliau sering memberi hadiah kepada guru-gurunya. Beliau juga seorang yang sangat pemurah. Jika membeli barang, beliau akan membayar dengan harga yang mahal, supaya penjual mendapat harga yang terbaik. Jika beliau menjual, beliau akan menjual dengan harga terendah untuk meringankan beban pembeli. Beliau sangat menjaga martabat dan maruah dirinya sebagai ulama�.

Pernah beliau dipujuk untuk memegang beberapa jawatan penting dalam pemerintahan tetapi semuanya ditolak kerana takut dirinya dipergunakan oleh khalifah-khalifah untuk kepentingan mereka. Apabila beliau melihat ramai ulama� mendekati khalifah untuk tujuan-tujuan tertentu, beliau menjauhkan diri daripada ulama�-ulama� tersebut. Beliau bukan seorang pendendam dan sering mendoakan kebaikan ke atas orang-orang yang benci kepadanya.
Beliau pernah dipenjarakan oleh khalifah pada zamannya kerana menolak jawatan sebagai jurutulis surat-surat dan menandatanganinya. Beliau berkata: "Tidak mungkin nanti aku akan menulis surat untuk memancung leher seorang Islam dan menandatangainya. Demi Allah, aku tidak turut campur urusan itu.� Beliau pernah dipenjara dan disebat 100 rotan kerana menolak jawatan hakim di Kufah. Beliau berkata: �Rotan ini lebih baik daripada aku kena cemeti Allah di akhirat.�

Seterusnya beliau pernah dipenjara lagi oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur kerana enggan menerima jawatan hakim di Baghdad. Di dalam penjara, beliau disiksa dengan pelbagai siksaan. Beliau kemudiannya dibawa mengadap Khalifah Abu Jaafar kerana masih enggan menerima jawatan itu walaupun setelah dipenjarakan.
Beliau diberi minum racun dan dibawa balik ke penjara. Apabila hampir menemui ajal, beliau sujud kepada Allah dan terus wafat di dalam usia 70 tahun dalam bulan Rejab 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi dan dikebumikan di perkuburan Hizran.

Sumbangan : Beliau tidak suka murid-muridnya bertaqlid, tetapi digalakkan menggunakan fikiran atau dalil-dalil tentang sesuatu hokum. Beliau merupakan seorang ulama� yang banyak berpegang kepada fikiran dalam menetapkan hukum kecuali ada dalil-dalil yang kuat. Inilah yang menyebabkan beliau tidak termasuk dalam golongan periwayat hadis